Langkau ke kandungan

Peguam Panel LPPSA untuk Penjawat Awam — Dari Permohonan Hingga Geran Rumah Diterima

Anda penjawat awam yang ingin membeli rumah menggunakan pembiayaan LPPSA? Kami uruskan dokumentasi pembiayaan dan pindah milik anda dari mula hingga selesai — dengan yuran telus mengikut skala SRO 2023.

Landing Page Hero Section (4)

Dipercayai oleh jenama dan institusi yang dikenali ramai

Pembiayaan LPPSA hanya untuk penjawat awam — dan dokumentasinya mesti diuruskan oleh peguam panel yang sah.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan pembiayaan perumahan khas untuk kakitangan sektor awam, dengan kadar dan tempoh bayaran yang lebih baik berbanding pinjaman bank biasa.

Tetapi ramai penjawat awam terperangkap di pertengahan jalan: permohonan diluluskan, tetapi dokumentasi tertangguh kerana tidak lengkap mengikut format LPPSA, atau peguam yang dilantik tidak biasa dengan sistem LPPSA. Lewat satu peringkat, lewat keseluruhan proses — dan pelepasan bayaran kepada penjual juga tertangguh.

Sebagai peguam panel LPPSA, kami menyediakan dokumentasi yang menepati format LPPSA, supaya tiada kelewatan yang boleh dielakkan.

Apa yang sering menyebabkan urusan LPPSA tersekat

Dokumentasi tidak menepati format LPPSA. LPPSA mempunyai keperluan dokumentasi yang spesifik. Jika perjanjian dan dokumen sokongan tidak disediakan mengikut format yang betul, ia akan dikembalikan untuk pembetulan — dan setiap pusingan mengambil masa berminggu-minggu.

Tidak faham apa yang LPPSA tanggung dan apa yang anda tanggung. Yuran guaman untuk dokumentasi pembiayaan boleh dimasukkan ke dalam pinjaman LPPSA. Tetapi yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah berasingan dan ditanggung oleh pembeli. Ramai tidak diberitahu perkara ini awal-awal, dan terkejut dengan kos kemudian.

Permohonan diluluskan, tetapi geran lambat bertukar nama. Selepas pembiayaan diluluskan, masih ada urusan pendaftaran gadaian dan pindah milik di Pejabat Tanah, serta permohonan kebenaran pindah milik (state consent) jika berkaitan. Tanpa peguam yang menjejak setiap peringkat, proses ini boleh tergantung.

Tertinggal pengecualian duti setem yang anda layak. Pembeli rumah pertama yang layak boleh menikmati pengecualian duti setem penuh — tetapi hanya jika dokumen dikemukakan dengan betul dan dalam tempoh yang sah.

Kami uruskan keseluruhan urusan LPPSA anda — dengan cara yang betul, lancar, dan telus.

Sebagai peguam panel LPPSA, kami membimbing penjawat awam dari peringkat permohonan sehingga geran berjaya didaftarkan atas nama anda.

Semakan kelayakan dari awal.

Kami semak kelayakan dan situasi hartanah anda sebelum apa-apa dimulakan — supaya anda tahu dengan jelas di mana anda berdiri sebelum komited.

Dokumentasi pembiayaan menepati format LPPSA.

Kami sediakan perjanjian pembiayaan dan semua dokumen sokongan mengikut keperluan LPPSA, dan menguruskan proses melalui sistem LPPSA — mengurangkan risiko dokumen dikembalikan dan tertangguh.

Yuran telus, mengikut skala SRO 2023.

Yuran guaman dikira mengikut skala Perintah Saraan Peguamcara (SRO) 2023. Yuran untuk dokumentasi pembiayaan LPPSA boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman anda. Beritahu kami butiran transaksi anda dan kami berikan sebut harga yang tepat dan lengkap mengikut format LPPSA sebelum apa-apa bermula.

Urusan pendaftaran sehingga selesai.

Kami uruskan pendaftaran gadaian, pindah milik, dan kebenaran pindah milik di Pejabat Tanah sehingga geran bertukar nama dan baki bayaran dilepaskan kepada penjual.

Proses yang jelas — anda tahu di mana anda pada setiap masa.

Dari konsultasi pertama hingga pendaftaran geran selesai, kami maklumkan setiap peringkat. Tiada teka-teki.

  • Hubungi kami — kami semak kelayakan & situasi hartanah anda, dan berikan sebut harga mengikut format LPPSA
  • Dokumentasi disediakan — perjanjian pembiayaan & dokumen sokongan menepati keperluan LPPSA
  • Pendaftaran diuruskan — gadaian, pindah milik & kebenaran pindah milik di Pejabat Tanah
  • Geran bertukar nama — baki bayaran dilepaskan kepada penjual; urusan selesai

Mengenai ASCOLAW

ASCOLAW, atau nama rasminya Akmal Saufi & Co, adalah firma guaman Malaysia yang mengamalkan undang-undang dalam pelbagai bidang guaman.

Dengan pasukan melebihi 30 orang peguam dan eksekutif dan beroperasi lebih sedekah, kami telah membantu banyak keluarga, usahawan, institusi dan pihak berkuasa mencapai objektif mereka.

Mengapa anda patut melantik ASCOLAW

  • Peguam panel LPPSA yang sah — dokumentasi mengikut format yang diperlukan, mengurangkan kelewatan.
  • Biasa berurusan dengan agensi berkaitan — LPPSA, Pejabat Tanah, JPPH, dan LHDN, supaya proses anda berjalan lancar.
  • Yuran telus mengikut skala SRO 2023 — sebut harga lengkap dan jelas sebelum mula, tiada kejutan.

Seimbas lalu rekod kami

2014
Beroperasi sejak
2000+
Urusan dikendalikan
+RM2bil
urusan perundangan telah diuruskan

Pasukan Kami

Kenali Pasukan Kami Yang Akan Bantu Urusan Anda

6-1

Peguam Khalis

1-1

Peguam Hafiz

5-1

Peguam Siti Sarah


4-1

Peguam Kritigeswari

3-1

Peguam Qas

2-1

Peguam Ashifa

ASCOLAW Social Proof

Soalan lazim (FAQ)

Berapa yuran guaman untuk urusan LPPSA?

Yuran guaman dikira mengikut skala SRO 2023 berdasarkan jumlah pembiayaan anda. Yuran untuk dokumentasi pembiayaan LPPSA boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman anda. Beritahu kami butiran transaksi anda dan kami berikan sebut harga yang tepat dan lengkap mengikut format LPPSA.

Adakah LPPSA menanggung yuran guaman saya?

LPPSA membiayai kos guaman berkaitan penyediaan dokumentasi pembiayaan, dan jumlah ini disekalikan ke dalam pembiayaan yang anda pohon. Walau bagaimanapun, yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah berasingan dan ditanggung oleh pembeli. Kami jelaskan kedua-dua kos ini dengan terang sebelum anda mula.

Siapa yang layak memohon pembiayaan LPPSA?

Pembiayaan LPPSA disediakan khas untuk kakitangan sektor awam (penjawat awam). Jika anda penjawat awam yang ingin membeli rumah atau tanah menggunakan pembiayaan LPPSA, kami boleh membimbing anda.

Perlukah saya melantik peguam panel LPPSA?

Ya. LPPSA mewajibkan dokumentasi pembiayaan disediakan oleh peguam panel yang telah melalui saringan, supaya dokumen menepati format LPPSA dan tiada kelewatan dalam pemprosesan.

Bolehkah yuran guaman dimasukkan ke dalam pinjaman LPPSA?

Ya — bagi dokumentasi pembiayaan. Oleh sebab ia menjadi sebahagian daripada jumlah pembiayaan, LPPSA mewajibkan anda menyertakan sebut harga daripada peguam panel mengikut format LPPSA. Kami sediakan sebut harga ini untuk anda.

Adakah saya layak mendapat pengecualian duti setem?

Pembeli rumah pertama yang layak (warganegara Malaysia, belum pernah memiliki hartanah kediaman) boleh menikmati pengecualian duti setem penuh bagi hartanah kediaman berharga sehingga RM500,000, untuk SPA yang ditandatangani sehingga 31 Disember 2027. Kami akan semak kelayakan anda dan pastikan dokumen dikemukakan dengan betul.

Berapa lama keseluruhan proses ini mengambil masa?

 Ia bergantung kepada keadaan hartanah, beban kerja Pejabat Tanah, dan kelancaran permohonan. Kami berikan anggaran masa yang lebih tepat selepas semakan awal situasi anda.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memulakan?

Secara umum, anda memerlukan butiran hartanah dan geran, kad pengenalan, serta dokumen berkaitan kelayakan penjawat awam anda. Kami senaraikan semua dokumen yang diperlukan selepas konsultasi awal.

Ingin memulakan urusan pembiayaan LPPSA anda dengan lancar?

Dapatkan sebut harga peguam panel LPPSA yang lengkap dan mengikut format LPPSA. Isi borang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda.

Untitled design (2)

Hak Cipta Terpelihara. © ASCOLAW ialah sebuah perkhidmatan perundangan oleh Tetuan Akmal Saufi & Co (No. Pendaftaran 00020004166). 2014-2026. Diselia oleh Majlis Peguam Malaysia di bawah Akta Profesion Guaman 1976.